Ringkasan hidup Thomas_Aquinas

Beliau juga dikenali sebagai "Doktor Angelicus" dan "Doktor Communis". Beliau dikatakan sebagai sarjana undang-undang Barat zaman pertengahan dan ahli agama paling berpengaruh. Nama "Aquinas" menunjukkan asal-usul nenek moyang beliau dari daerah Aquino (sekarang wilayah Lazio), kawasan di mana keluarganya memegang tanah sehingga 1137.

Beliau mengkaji falsafah dan teologi dan mendapat pendidikan awal di biara Benedictine di Monte Cassino. Aquinas menghadiri Universiti Naples, dan mendapat nama jolokan "lembu bodoh" kerana tingkah lakunya yang perlahan, meskipun beliau seorang yang berbakat dalam retorik, logik dan sains semula jadi. Menjelang 1240, beliau tertarik dengan kehidupan agama dan memutuskan untuk menjadi rahib Dominikan.

Aquinas merupakan seorang ahli teologi yang mengutarakan Hujah Kosmologi. Bukunya yang paling terkenal ialah Summa Theologica dan Summa Contra Gentiles. Beliau terkenal dengan hasil kerja dalam undang-undang Semula Jadi iaitu kepercayaan bahawa 'undang-undang semula jadi' diperoleh disebabkan menjadi manusia. Contoh undang-undang ini ialah hak asasi manusia. Beliau turut merupakan pelopor kepada aliran Thomisme yang menghujahkan bahawa taakulan itu wujud di sisi Tuhan.

Thomas Aquinas dipandang sebagai salah satu filsuf dan ahli teologi terbesar dalam Gereja Katolik Rom. Paus Benedictus XV menyatakan: "mazhab (Dominikan) ini ... memperoleh kemasyhuran baru ketika Gereja menyatakan ajaran Thomas sebagai ajaran Gereja sendiri dan sang Doktor, yang dihormati dengan pujian-pujian khusus dari para Paus, [adalah] guru dan pelindung sekolah-sekolah Katolik."[1] Anthony Kenny turut melihat beliau sebagai "salah satu daripada filsuf terhebat dalam dunia Barat".[2]

Rujukan

WikiPedia: Thomas_Aquinas //scholar.google.com/scholar?q=%22Thomas+Aquinas%2... //www.google.com/search?&q=%22Thomas+Aquinas%22+si... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Thoma... //www.google.com/search?q=%22Thomas+Aquinas%22&tbm... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Thomas+Aqui... http://ittanoticias.arautos.org/ //archive.org/search.php?query=(%22Thomas+Aquinas%... http://www.corpusthomisticum.org/ http://www.gutenberg.org/author/Thomas,+Aquinas,+S... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2...